Kakuatan Bismillah


Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang hamba pun mengucapkan ‘Bismillahir-rahmanirrahim’ kecuali Allah SWT perintahkan kepada para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus kebaikan”.


Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah daripada (sembelihan binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatnya.” (Surah al-An’am, ayat 118).



Ke hadapan Encik Hishammuddin Hussein

Ke hadapan Encik Hishammuddin Hussein Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap beliau dapat bertemu dengan remaja berusia 15 tahun, Victor Lopez, yang menulis surat kepadanya dari Perancis. Hishammuddin,Tun Hussain,Menteri Pertahanan Malaysia, menerima surat daripada Lopez pada 14 Mac yang menyatakan beliau sangat kagum terhadapnya dalam meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH307. Dia juga turut meminta agar Hishammuddin menurunkan tandatangannya pada kad kecil yang disertakan bersama-sama surat itu sebagai kenang-kenangan. Isi Kandungan Surat Lopez: “Ke hadapan Encik Hishammuddin Hussein, saya berumur 15 tahun dan saya amat mengagumi Malaysia. Saya menulis surat kepada anda untuk menzahirkan kekaguman saya terhadap personaliti anda dan tindakan anda. "Saya pasti berasa amat gembira sekiranya anda sudi menurunkan tandatangan anda pada kad kecil yang saya hantar kepada anda. Saya ucapkan terima kasih, Yang ikhlas, Victor Lopez." Hishammuddin membalas surat itu dengan menyatakan bahawa ingatan dan kata-kata semangat daripada individu seperti Lopez memberikannya kekuatan untuk meneruskan operasi mencari pesawat yang hilang itu. Isi kandungan surat Hishamuddin Tun Hussin... "Ke hadapan Victor, saya harap ini akan sampai kepada anda dengan selamat. Terima kasih kerana menulis kepada saya dari Paris. Ingatan dan kata-kata semangat daripada individu seperti anda memberikan kekuatan kepada saya untuk terus menerajui usaha mencari MH370. "Terima kasih sekali lagi kepada anda dan diharapkan anda dapat melawat Malaysia ’Truly Asia’ sekiranya ada peluang. Belajar rajin-rajin!," Tidak cukup dengan kata-kata yang bertaip rapi di dalam surat rasmi itu, Hishammuddin turut menitipkan kata-kata dengan tulisan tangannya iaitu: “Surat anda benar-benar menyentuh hati saya. Akan paparkan dalam Twitter, Beliau juga berharap dapat jumpa remaja Perancis ini