halia

 



Pengenalan

Sunnah Nabi Muhammad s.a.w Kelebihan Dan Khasiat Halia(Zanjabil)

Allah s.w.t berfirman, “Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil.” (Surah Al-Insan : 17).Rupa-rupanya air halia ini merupakan minuman syurga. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit khasiat halia yang kurang saya gemari jika dibuat air, tapi paling saya suka gunakan dalam masakan harian.

Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforuskalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin AB dan C, lemak dan asid organik.

Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-biritdisentriasmasakit perutreumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.

Halia ini bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Halia juga meningkatkan kekuatan seks dan mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut.

Khasiat Halia

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Memulihkan Mabuk dalam PerjalananHalia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan Demam dan Selesema. Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari

5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen

6. Mencegah Barah Usus. Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanserkolorektal/ Usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan. Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa. Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

9. Rawatan Kanser ovari. Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.

10. Menguatkan imuniti. Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.

11. Mengurangkan Morning Sickness. Halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.


Panduan tanaman
 
Halia sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah (termasuk tanah gembur) yang mempunyai saliran baik serta gembur dan peroi, dan tidak menyekat tumbesaran rizom.  Kajian menunjukkan halia hidup subur pada pH 5.5 hingga 6.5.
 
Halia  boleh juga ditanam di tanah gambut yang pH nya 3.8.
 
Halia memerlukan taburan hujan sebanyak 200 hingga 260 cm setahun dan ia juga perlu sedikit naungan.
 
 
Halia ditanam daripada keratan rizom tua yang berumur lebih pada sembilan bulan.
 
Rizom yang berpenyakit eloklah dimusnahkan untuk mengelakkan merebaknya penyakit bakteria dan kulat halia.
 
Rizom-rizom disimpan di tempat teduh dan berangin selama dua hingga tiga minggu untuk percambahan tunas-tunas.  Kemudian rizom dikerat 5 cm panjang dan mempunyai sekurang-kurangnya dua mata tunas.
 

Anggaran 25-33 keratan boleh didapati daripada 1 kg rizom.  Keperluan bahan tanaman dianggarkan 1,500-2,000 kg rizom segar sehektar.

PENJAGAAN
 
Pembajaan
Disyorkan mengikut keadaan tanah.
 
Tanah gambut – gunakan baja campuran yang mengandungi 73 kg N, 44 kg P2Os dan 236 kg K20 sehektar.
 
Tanah bukan organan disyor menggunakan baja campuran yang mengandungi 56 kg N, 67 kg P2Os  dan 112 kg K20 sehektar.
 
Merumput
Sekurang-kurangnya 1-3 pusingan merumput dibuat semasa membaiki batas-batas.
 
 
Hasil boleh dipungut sebagai halia muda semasa berumur 4-5 bulan dan halia tua semasa berumur 8-9 bulan (batang daun mula menjadi kuning).
 
Halia yang dipungut sekiranya terdedah lama kepada cahaya matahari, akan kehilangan air dan mutunya merosot.
 
Hasil tua adalah diantara 12-18 tan/hektar dan halia muda ialah 9 tan/hektar.  Hasil purata halia tua ialah 15 tan/hektar.



15 Selebriti Dunia Yang Sokong Palestin!

lihat 4 kalimah jika dibaca 3 kali ,berat timbangannya.

 aman

Pada suatu pagi Rasullah SAW  keluar dari rumahnya . Pada ketika itu Juwairiah isterinya berada di tempat solat.  Sewaktu Nabi SAW kembali, matahari sudah tinggi, sedangkan Juwairiah masih berada di tempat solat.  Rasullah bertanya ,kamu masih berada di tempat solat masa saya keluar tadi? Juwairiah menjawab "Ya."   Rasullullah SAW memberitahunya yang bermaksud " "Sesungguhnya saya membaca empat kalimah ini sebanyak 3 kali ketika meninggalkan kamu.  Kalau ia ditimbang dengan bacaan yang kamu baca pada hari ini, Timbangannya lebih berat lagi."  Soheh Muslim 2726  


 Subhanallahhiwabihamdihi

Maha suci Allah dan aku memuji-Nya 

A' da da khal khihi

 Sebanyak Makhlok ciptaan-Nya

Wari dhoo nafsihi

Keredhoan diri-Nya

 Wazienata  Arshihi

Seberat timbangan Arash-Nya 

Wamida dakalimatihi.

Dan sebanyak tinta kalimah-Nya.


3 Doa harian mudah jangan tinggal

 assalamualaikum...

 Amalkan 3 doa penting ini setiap hari.  Doa tersebut adalah

1)  Allah humma inni as aluka khusnul khootimah

      Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadamu

       Khusnul Khootimah

2)   Allah hummar zukoni Taubatan Nasuha Khablal maut

       Ya Allah berilah aku rezeki Taubatan Nasuha sebelum            wafat

3)   Allah humma Ya muqallibal qhulub Salbit Qolbi ala di nik

      Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah            hatiku pada AgamaMu.


rafeah buang _ rindu bayangan

Tokiwadai dalam kenangan

 

Tokiwadai dalam kenangan

 Tokiwadai dalam kenangan

Oktober 19, 2008
Teringat saya ketika di Jepun selama 3 bulan, mengambil cuti tanpa gaji untuk ke negara matahari terbit itu khusus mencari pengalaman hidup dan mengetahui budaya orang Jepun dari pelbagai segi. Saya selalu ke sekolah tadika anak saudara saya Qurrata Aini yang ketika itu berusia 5 tahun dan belajar di tadika Jepun di Tokiwadai, bandar Itabashi-ku di Tokyo. Setiap hari saya dan kakak saya akan berbasikal ke tadika itu yang dalam bahasa Jepunnya berbunyi “Hoikuen” atau tadika. Setiap hari kami menghantar bekalan tepat jam 11 pagi untuk Aini. Bekalan ini dipanggil ‘obento’ . Makanan yang siap dihias akan dimasukkan ke dalam bekas makanan kemudian dibungkus dengan kain seperti sapu tangan empat segi yang menarik dan cantik. Kemudian diikat keempat-empat bucu kain itu dan dijerut. Obento ini dimasukkan ke dalam beg kecil khas dibuat untuk obento, yang boleh dibeli di pasar raya. Beg ini comel dan dalam pelbagai warna dan design. Bagi orang Jepun obento selalunya dihias cantik. Saya dan kakak saya selalu memikirkan macam mana nak hias obento Aini supaya cantik dan menarik. Kalau kami masak burger ayam (halal, yang dibeli daripada kedai orang Pakistan) kami akan bentukkan daging burger menggunakan acuan pelbagai bentuk. Contohnya bentuk ‘kitty cat’ dalam bahasa Jepun ‘kitty chan” yang comel yang ketika itu amat Aini gemari. Kami akan meletakkan mata kitty itu menggunakan strawberry. Kemudian hidungnya menggunakan biji jagung. Memang comel sekali. Aini beritahu sensei (cikgu)nya cakap “Oishi desene?” atau “Sedap?”. Di Jepun obento amat mustahak. Di sekolah makanan dibekalkan. Baik di tadika, atau di sekolah rendah. Waktu rehat murid-murid akan diberi jadual tugas. Yang menghidang makanan akan memakai apron. Semua sudah faham tugas masing-masing. Jadi setiap kali tiba jadual masing-masing mereka sudah bersiap sedia menghidang makanan di dalam kelas. Menu di sediakan oleh pihak sekolah. Semua tukang masak memakai apron dan memasak berdasarkan menu yang diberi. Kajian lengkap terhadap makanan seimbang dibuat dan di sebelah menu disediakan kalori dan kandungan zat makanan. Sungguh sistematik dan berdisplin. Bagi pelajar Muslim, obento perlu dibawa atau dihantar oleh keluarga. Ketika saya di Jepun, saya pernah menghantar obento Aini. Kakak saya dah ajar saya bahasa Jepun. “Sensei, Aini no obento desu” Saya cakap pada cikgu. Maksudnya “Cikgu, ini bekalan makanan Aini.” Cikgu akan menjawab “Hait, Arigato gozaimas” sambil menunduk hormat dan sopan. Saya rasa sungguh teruja dengan kesopanan mereka. Para guru amat dedikasi. Mereka menghormati semua ibu bapa, tak kira bangsa. Di tadika Aini ada dua orang pelajar asing, Aini dan rakan dari Korea. Cuma Aini saja beragama Islam. Aini saja yang perlu dihantar obento oleh ibunya atau saudara Aini. Nanti saya akan terangkan tentang Hoikuen AIni.





3 Perkara dapat merasakan manisnya iman,

 







Rasulullah SAW pernah bersabda, "Tiga perkara yang apabila ada dalam diri seseorang niscaya ia akan merasakan manisnya iman: menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada selain keduanya. Mencintai seseorang, dan ia tidak mencintainya kecuali karena Allah. Benci untuk kembali pada kekufuran sebagaimana ia enggan dilemparkan ke neraka." (HR Bukhari)

23-08-2023 SS. Dato' Prof Dr MAZA : Pendirian Dan Pegangan Perlis Mengen...

"Shinreen Kuen"

 



Pengertian Hubbud Dunya

 

Pengertian Singkat Hubbud Dunya

Hubbud dunya atau cinta dunia yang berlebihan bisa membuat seseorang bersifat tamak dan rakus pada dunia. Hubbud dunya secara bahasa berasal dari Bahasa Arab yaitu hubbun yang artinya cinta, dan ad-dunya yang berarti dunia.

Dapat diambil pengertian bahwa hubbun dunya adalah kondisi seseorang yang mengagungkan urusan dunia sehingga membuatnya abai dengan perkara akhirat serta lalai untuk taat kepada Allah SWT. Secara sederhana, hubbud dunya adalah mencintai dunia dengan cara yang berlebihan.

Perlu dipahami, segala sesuatu yang berlebihan tidaklah baik bagi manusia. Cinta dan mencintai pada dasarnya adalah sesuatu hal yang baik. Namun demikian apabila terlalu berlebihan, maka akan berubah menjadi obsesi yang justru merugikan baik bagi sendiri maupun orang lain.

Inilah mengapa Rasulullah SAW merisaukan umatnya apabila terjebak ke dalam cinta yang berlebihan kepada dunia. Sebab hubbun dunya adalah sumber kehancuran umat manusia.

Terdapat beberapa penyebab seseorang jatuh ke dalam penyakit hati yang satu ini. Adapun di antara penyebab hubbud dunya adalah sebagai berikut:

  1. Menganggap dunia sebagai tujuan, bukan sebagai alat untuk mencapai kehidupan akhirat.
  2. Suka mengumpulkan harta dengan menghalalkan segala cara.
  3. Pelit dan kikir terhadap harta yang dimilikinya.
  4. Tidak rela jika hartanya lepas darinya.
  5. Tidak suka bersedekah dan mendermakan hartanya.
  6. Bersifat tamak dan serakah, yaitu selalu ingin mengumpulkan harta walaupun sudah memiliki.
  7. Tidak mensyukuri nikmat Allah SWT.
  8. Mendewakan kedudukan sosial.


[LIVE] Tadabbur Surah As Saffat Ayat 122 - 126 || Ustaz Abd Muein || 19 ...

Sekiranya kamu, keraguan terhadap dari apa yg kami turunkan(Quran)  kami tirmkan kepada hamba kami( Muhammad)  mengapa hamba...sebab nabi be...