Tokiwadai dalam kenangan

 

Tokiwadai dalam kenangan

 Tokiwadai dalam kenangan

Oktober 19, 2008
Teringat saya ketika di Jepun selama 3 bulan, mengambil cuti tanpa gaji untuk ke negara matahari terbit itu khusus mencari pengalaman hidup dan mengetahui budaya orang Jepun dari pelbagai segi. Saya selalu ke sekolah tadika anak saudara saya Qurrata Aini yang ketika itu berusia 5 tahun dan belajar di tadika Jepun di Tokiwadai, bandar Itabashi-ku di Tokyo. Setiap hari saya dan kakak saya akan berbasikal ke tadika itu yang dalam bahasa Jepunnya berbunyi “Hoikuen” atau tadika. Setiap hari kami menghantar bekalan tepat jam 11 pagi untuk Aini. Bekalan ini dipanggil ‘obento’ . Makanan yang siap dihias akan dimasukkan ke dalam bekas makanan kemudian dibungkus dengan kain seperti sapu tangan empat segi yang menarik dan cantik. Kemudian diikat keempat-empat bucu kain itu dan dijerut. Obento ini dimasukkan ke dalam beg kecil khas dibuat untuk obento, yang boleh dibeli di pasar raya. Beg ini comel dan dalam pelbagai warna dan design. Bagi orang Jepun obento selalunya dihias cantik. Saya dan kakak saya selalu memikirkan macam mana nak hias obento Aini supaya cantik dan menarik. Kalau kami masak burger ayam (halal, yang dibeli daripada kedai orang Pakistan) kami akan bentukkan daging burger menggunakan acuan pelbagai bentuk. Contohnya bentuk ‘kitty cat’ dalam bahasa Jepun ‘kitty chan” yang comel yang ketika itu amat Aini gemari. Kami akan meletakkan mata kitty itu menggunakan strawberry. Kemudian hidungnya menggunakan biji jagung. Memang comel sekali. Aini beritahu sensei (cikgu)nya cakap “Oishi desene?” atau “Sedap?”. Di Jepun obento amat mustahak. Di sekolah makanan dibekalkan. Baik di tadika, atau di sekolah rendah. Waktu rehat murid-murid akan diberi jadual tugas. Yang menghidang makanan akan memakai apron. Semua sudah faham tugas masing-masing. Jadi setiap kali tiba jadual masing-masing mereka sudah bersiap sedia menghidang makanan di dalam kelas. Menu di sediakan oleh pihak sekolah. Semua tukang masak memakai apron dan memasak berdasarkan menu yang diberi. Kajian lengkap terhadap makanan seimbang dibuat dan di sebelah menu disediakan kalori dan kandungan zat makanan. Sungguh sistematik dan berdisplin. Bagi pelajar Muslim, obento perlu dibawa atau dihantar oleh keluarga. Ketika saya di Jepun, saya pernah menghantar obento Aini. Kakak saya dah ajar saya bahasa Jepun. “Sensei, Aini no obento desu” Saya cakap pada cikgu. Maksudnya “Cikgu, ini bekalan makanan Aini.” Cikgu akan menjawab “Hait, Arigato gozaimas” sambil menunduk hormat dan sopan. Saya rasa sungguh teruja dengan kesopanan mereka. Para guru amat dedikasi. Mereka menghormati semua ibu bapa, tak kira bangsa. Di tadika Aini ada dua orang pelajar asing, Aini dan rakan dari Korea. Cuma Aini saja beragama Islam. Aini saja yang perlu dihantar obento oleh ibunya atau saudara Aini. Nanti saya akan terangkan tentang Hoikuen AIni.





3 Perkara dapat merasakan manisnya iman,

 







Rasulullah SAW pernah bersabda, "Tiga perkara yang apabila ada dalam diri seseorang niscaya ia akan merasakan manisnya iman: menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada selain keduanya. Mencintai seseorang, dan ia tidak mencintainya kecuali karena Allah. Benci untuk kembali pada kekufuran sebagaimana ia enggan dilemparkan ke neraka." (HR Bukhari)