Selasa, 17 Mac 2026

Syukur Alhamdulillah PC saya dah dapat

  Assalamualaikum sahabat.

Syukur Alhamdulillah PC saya dah dapat dan ianya memudahkan lagi kerja saya memuatlah maklumat2 Agama disini.  Syukur berkat doa kita bersama.   Bila saya perhatikan dripada profail saya saya dapati hanya satu sahaja"Blog"saya yang boleh di lihat.  Entah kenapa dia jadi macam tu . Hanya Blog yang boleh kita view hanya  " Bahasa Arab 4 U"   hihi ...Blog ni ...hanya untuk saya .  Tak sempat nak murnikan.

Saya ucapkan terima kasih kepada sahabat yang masih sudi datang dan saya rasa gembira dan syukur kerana ada juga sahabat yang boleh masuk ke Blog2 saya  yang lain.  Syukur saya.  Saya janji akan cuba letakkan banyak lagi Ceramah Ustaz untuk kita Pelajari Bersama.  

Ya .  Untuk pengetahuan sahabat saya tidak letakkan iklan2 pada Blog saya kerana saya hanya mahu sahabat2 datang dengar ceramah dan ustazah dgn mudah, tanpa gangguan.  Kalau dulu ada iklan2 di sini dah saya keluarkan iklan2 itu.   Ia boleh di siar setelah kita monitized.  Saya juga ada Ad Sense yang berusia puluhan  tahun.  Tapi itu tak perlu saya hanya perlu tuan2 /saudara saudari  datang untuk dengar ceramah ustaz.  Moga kita semua mendapat manafaat disini.   Saya gembira sangat.  

Sempena menyambut hari Raya Aidilfitri ini saya ingin mengucapkan selamat Hatri Raya kepada sahabat semua.  Semoga sahabat semua bergembira berhariraya bersama keluarga sahabat tercinta.   Saya juga berdoa agar kita semua dapat mengimarahkan Ramadhan kita dengan jayanya.  Semoga kita semua dapat meraih malam Lailatuqadar bersama.  Itu saya.

Sahabat ...Tak lupa juga disini saya ingin memohon maaf atas kesalahan saya di Ramadhan ini.   Maafkan saya. Moga sahabat sudi memaafkan saya.   Dan ini pesan saya,  Seandainya  saya dah tiada, sahabat semua datanglah juga mencari topik2 Ceramah ustaz untuk di ulangkaji dan didengar di sini.

Terima kasih.

Moga Kita semua dalam Rahmat Allah

" Inni muhibbukum fillah" 

" Saya sayang anda kerana Allah" 

 

Jumaat, 29 Ogos 2025

Sakaratul maut.

 

Sakaratul maut,

 


Sesiapa yang sentiasa teringat membaca doa ini adalah sengaja di anugerahkan Allah untuk itu..  

Baca ayat ini selalu.  Buat kita semua.

"Ya muqallibalqulub sabbitqal bi ala dinik."

 

Sabtu, 27 September 2025

The night.. Al lail


 

 

Sunday, 31 August 2025

Prof Dato Dr MAZA - Berapa Hari Boleh Qasar Solat?

 

 

 


Khamis, 17 Oktober 2024

Rabbku... Moga kami dpt manfaatkan masa dgn betul



 

 


 

 

 

 

Khamis, 30 Julai 2026

 

Tuesday, 25 June 2024

Biar Allah menggenggam hati kita,

 

 

Jumaat, 28 Mac 2025

Beberapa Al-Asma' Al-Husna.

 




  


 

  

Selasa, 21 November 2023

Doakan aku drive ke KK ambil anis naik train,.

 Moga daku sihat.  Cuba sedaya upaya...Anak adalah kekuatanmu juga...Doa agar Allah selamatkan daku pergi dan balik...Moga mendapat doa dari sesiapa sahaja yg mengenaliku...Aamiin

Makan pagi cepat agar dapat bertahan moga stabil...Mulakan denga Laahaulawalakhuw wataillah billah...InsyaAllah...

Syukur daku dah sampai di rumah...dgn selamat

 pergi dan balik...Syukur daku drive pergi anis drive balik...Kami sampai dgn selamat...

 

 

 Sistem Siraman Air secara automatik.

Buat Warga Tua Bagus Sangat...

 ASSALAMUALAIKUM !

 BARU SAYA SEDAR BANYAK MASA SAYA TERBUANG BEGITU SAHAJA.  ALHAMDULILLAH ALA KULLIHAL.  ASTAGHFIRULLAH.   KITA MASIH BANYAK WAKTU UNTUK MENGELUARKAN AIR MATA KITA KERANA TAKUTKAN ALLAH.  AAMIIN.  KITA BOLEH BUAT  DALAM SOLAT KITA, DALAM ZIKIR KITA DAN DALAM TADABBUR ALQURAN KITA.  "SALAM SILATURRAHIM SAHABAT YG SAYA SAYANG"

3. Yang telah Berlalu, biarkan Berlalu

3. Yang telah berlalu, biarkan berlalu. Tidak perlu dikenang lagi. Tidak perlu hendak diulang-tayang di dalam kepala kemudian bersedih-sedih duduk termenung. Itu adalah suatu pekerjaan yang bodoh.

Bukannya tidak boleh dikenang langsung tetapi jangan berterusan. Sekali sahaja tidak mengapa kerana kita perlu ambil pengajaran daripada pengalaman lepas. Ini adalah seperti analogi kita memandu kereta juga. Sekali sekala kita perlu memandang ke belakang menggunakan ‘rearview mirror’, bukan? Namun sekali sahaja sahaja lah sebab sepatutnya kita kena banyak pandang ke hadapan. Kalau asyik pandang ke belakang, kemalanganlah jawabnya.

Buat apa dikenang perkara yang tidak boleh diubah? Kalau kita fikir dan memikirkan hal yang lepas itu boleh mengubahnya, maka silakan fikir dan ingatkan banyak-banyak lagi. Tetapi tidak, bukan? Maka buat apa kenangkan? Mengapa timbulkan kesedihan di dalam benak fikiran kita?

Homework: setiap kali anda terkenang perkara lalu yang menyedihkan anda, sapu dahi anda cepat-cepat seolah-olah anda membuang ANTs daripada dahi anda. ANT adalah ‘Automatic Negative Thoughts’ (Pemikiran Negatif Automatik) yang datang tanpa diundang. Anda boleh nyahkan pemikiran negatif itu dengan buat pergerakan membuangnya daripada fikiran anda.

Kesedihan tidak akan dapat mengembalikan hal itu kembali. Nasi sudah menjadi bubur; bayi tidak akan dapat masuk ke perut ibunya semula, air sungai tidak dapat diubah arahnya, air mata tidak akan dapat masuk kembali ke dalam mata.

Apabila Allah ‎ﷻ menceritakan umat-umat terdahulu, Allah ‎ﷻ sebut seperti di dalam Baqarah:134

تِلكَ أُمَّةٌ قَد خَلَت ۖ لَها ما كَسَبَت وَلَكُم مّا كَسَبتُم ۖ وَلا تُسأَلونَ عَمّا كانوا يَعمَلونَ
Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan.

Maknanya itu adalah urusan dan nasib orang yang sebelum kita. Bukannya ada kena mengena dengan kita. Yang penting adalah hal kita ini yang mesti menuju ke hadapan. Yang dulu, biarkan duduk di hulu.

Sambung seterusnya

 

Tulisan asal Penulis

مَا مَضَى فَاتَ
APA YANG TELAH BERLALU, MAKA TELAH PERGI

تَذَكُّرُ المَاضِي وَالتَّفَاعُلُ مَعَهُ وَاسْتِحْضَارُهُ، وَالحُزْنُ لِمَآسِيهِ حُمْقٌ وَجُنُونٌ، وَقَتْلٌ لِلْإِرَادَةِ وَتَبْدِيدٌ لِلْحَيَاةِ الحَاضِرَةِ.

Mengingat masa lalu, berinteraksi dengannya, dan menghadirkan ia kembali, serta merasa sedih atas tragedi-tragedinya adalah satu kebodohan dan kegilaan. Ia membunuh tekad dan mensia-siakan kehidupan masa kini.

إِنَّ مِلَفَّ المَاضِي عِنْدَ العُقَلَاءِ يُطْوَى وَلَا يُرْوَى، يُغْلَقُ عَلَيْهِ أَبَداً فِي زِنْزَانَةِ النِّسْيَانِ، يُقَيَّدُ بِحِبَالٍ قَوِيَّةٍ فِي سِجْنِ الإِهْمَالِ، فَلَا يَخْرُجُ أَبَداً، وَيُوصَدُ عَلَيْهِ فَلَا يَرَى النُّورَ؛ لِأَنَّهُ مَضَى وَانْتَهَى.

Di sisi orang-orang yang berakal, fail masa lalu itu dilipat dan tidak akan diceritakan (diungkit) lagi. Ia dikunci buat selama-lamanya di dalam sel penjara kelupaan, diikat dengan tali yang kuat dalam penjara pengabaian, maka ia tidak akan keluar selama-lamanya, dan ia ditutup rapat sehingga tidak akan melihat cahaya (lagi); kerana ia telah berlalu dan berakhir.

لَا الحُزْنُ يُعِيدُهُ، لَا الهَمُّ يُصْلِحُهُ، وَلَا الغَمُّ يُحْيِيهِ؛ لِأَنَّهُ عَدَمٌ.

Kesedihan tidak akan mengembalikannya, kerisauan tidak akan memperbaikinya, dan kedukaan tidak akan menghidupkannya kembali; kerana ia sudah menjadi tiada (kosong).

لَا تَعِشْ فِي كَابُوسِ المَاضِي، وَتَحْتَ مِظَلَّةِ الفَائِتِ، أَنْقِذْ نَفْسَكَ مِنْ شَبَحِ المَاضِي، أَتُرِيدُ أَنْ تَرُدَّ النَّهْرَ إِلَى مَصَبِّهِ، وَالشَّمْسَ إِلَى مَطْلَعِهَا، وَالطِّفْلَ إِلَى بَطْنِ أُمِّهِ، وَاللَّبَنَ إِلَى الثَّدْيِ، وَالدَّمْعَةَ إِلَى العَيْنِ.

Janganlah kamu hidup dalam igauan buruk masa lalu dan di bawah payung perkara yang telah terlepas. Selamatkan dirimu daripada hantu masa lalu. Adakah kamu mahu mengembalikan aliran sungai ke punca asalnya, matahari ke tempat terbitnya, bayi ke dalam perut ibunya, susu ke dalam payudara, dan air mata ke dalam mata semula?

إِنَّ تَفَاعُلَكَ مَعَ المَاضِي، وَقَلَقَكَ مِنْهُ وَاحْتِرَاقَكَ بِنَارِهِ، وَانْطِرَاحَكَ عَلَى أَعْتَابِهِ، وَضْعٌ مَأْسَاوِيٌّ رَهِيبٌ مُخِيفٌ مُفْزِعٌ.

Sesungguhnya interaksimu dengan masa lalu, kegelisahanmu terhadapnya, keterbakaranmu dengan apinya, dan perbuatanmu yang merebah diri di ambang pintunya adalah suatu keadaan tragis yang dahsyat, menakutkan, dan menggerunkan.

القِرَاءَةُ فِي دَفْتَرِ المَاضِي ضِيَاعٌ لِلْحَاضِرِ، وَتَمْزِيقٌ لِلْجُهْدِ، وَنَسْفٌ لِلسَّاعَةِ الرَّاهِنَةِ.

Membaca kembali lembaran masa lalu bermakna mensia-siakan masa kini, merobek usaha, dan menghancurkan waktu yang ada sekarang.

ذَكَرَ اللهُ الأُمَمَ وَمَا فَعَلَتْ ثُمَّ قَالَ: ﴿تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ﴾ انْتَهَى الأَمْرُ وَقُضِيَ، وَلَا طَائِلَ مِنْ تَشْرِيحِ جُثَّةِ الزَّمَانِ، وَإِعَادَةِ عَجَلَةِ التَّارِيخِ.

Allah menyebutkan tentang umat-umat terdahulu dan apa yang telah mereka lakukan, kemudian Dia berfirman: “Itu adalah umat yang telah lalu.” [Baqarah:134] Perkara itu telah berakhir dan selesai. Tiada gunanya membedah mayat waktu dan cuba memutar kembali roda sejarah.

إِنَّ الَّذِي يَعُودُ لِلْمَاضِي، كَالَّذِي يَطْحَنُ الطَّحِينَ وَهُوَ مَطْحُونٌ أَصْلاً، وَكَالَّذِي يَنْشُرُ نَشَارَةَ الخَشَبِ.

Sesiapa yang kembali ke masa lalu adalah umpama orang yang mengisar tepung yang sememangnya sudah menjadi tepung, dan umpama orang yang menggergaji habuk kayu.

وَقَدِيماً قَالُوا لِمَنْ يَبْكِي عَلَى المَاضِي: لَا تُخْرِجِ الأَمْوَاتَ مِنْ قُبُورِهِمْ.

Dahulu, orang-orang tua berpesan kepada sesiapa yang menangisi masa lalu: “Janganlah kamu mengeluarkan orang-orang mati dari kubur mereka.”

وَقَدْ ذُكِرَ مَنْ يَتَحَدَّثُ عَلَى أَلْسِنَةِ البَهَائِمِ أَنَّهُمْ قَالُوا لِلْحِمَارِ: لِمَ لَا تَجْتَرُّ؟ قَالَ: أَكْرَهُ الكَذِبَ.

Pernah diceritakan melalui kiasan lidah haiwan bahawa mereka bertanya kepada keldai: “Mengapa kamu tidak memamah biak (mengunyah semula makanan)?” Keldai menjawab: “Aku benci berdusta (berpura-pura makan apa yang sudah tiada).”

إِنَّ بَلَاءَنَا أَنَّنَا نَعْجِزُ عَنْ حَاضِرِنَا وَنَشْتَغِلُ بِمَاضِينَا، نُهْمِلُ قُصُورَنَا الجَمِيلَةَ، وَنَنْدُبُ الأَطْلَالَ البَالِيَةَ، وَلَئِنِ اجْتَمَعَتِ الإِنْسُ وَالجِنُّ عَلَى إِعَادَةِ مَا مَضَى لَمَا اسْتَطَاعُوا؛ لِأَنَّ هَذَا هُوَ المُحَالُ بِعَيْنِهِ.

Sesungguhnya musibah kita adalah kita lemah dalam mengurus masa kini tetapi sibuk dengan masa lalu. Kita abaikan istana kita yang indah, lalu meratapi runtuhan lama yang telah usang. Sekiranya manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan apa yang telah berlalu, nescaya mereka tidak akan mampu; kerana itu adalah suatu perkara yang mustahil.

إِنَّ النَّاسَ لَا يَنْظُرُونَ إِلَى الوَرَاءِ وَلَا يَلْتَفِتُونَ إِلَى الخَلْفِ؛ لِأَنَّ الرِّيحَ تَتَّجِهُ إِلَى الأَمَامِ، وَالمَاءَ يَنْحَدِرُ إِلَى الأَمَامِ، وَالقَافِلَةَ تَسِيرُ إِلَى الأَمَامِ، فَلَا تُخَالِفْ سُنَّةَ الحَيَاةِ.

Sesungguhnya manusia (yang berjaya) tidak akan menoleh ke belakang; kerana angin bertiup ke arah hadapan, air mengalir ke arah hadapan, dan kafilah berjalan menuju ke hadapan. Maka, janganlah kamu menyalahi sunnatullah (hukum alam) dalam kehidupan ini.

MARI KITA SAMA2 MEMAHAMI PETIKAN INI.  MUNGKIN INI UNTUK KITA.  SETELAH SEKIAN LAMA KITA MENEMUI JALAN BUNTU MAKA MUNGKIN JALAN INI YANG ALLAH HANTAR UNTUK KITA.  KITA TAK DAPAT MENDUGA APA JANJI KITA DENGAN ALLAH DI LOH MAHFUZ  SEJAK 50,000 TAHUN SEBELUM ADANYA LANGIT DAN BUMI.

DEMI ALLAH AIR MATA SAYA BANYAK MENGALIR MEMIKIRKAN MASA LALU. SAYA TERLALU MENGHARAP BUAH YANG TAK MUNGKIN JATUH.  MARI KITA TAMATKAN DISINI. MARI KITA SAMA2 KESAT AIR MATA KITA YG SELAMA INI MENGALIR  KERANA IANYA TAK KEMANA.  SAYA INSAF.  MARI KITA BERMAAF- MAAFAN KERANA ALLAH...IKHLAS ...INGAT KITA TAK BERGADUH KITA TETAP KAWAN BAIK DUNIA AKHIRAT.

"SAYA SAYANG ANDA KERANA ALLAH"

"INNI UHIBBUKA FILLAH"

SEDIKIT SEBANYAKNYA ADA SEDEH JUGA.  TAPI SEDEH MEMBUATKAN KITA DEKAT PADA ALLAH RABBULJALIL.

DAKU LETAK LAGU NI SUPAYA HATIKU TETAP BASAH.  DIA TAK KERING.  ALLAH SUKA HATI YG BASAH BUKAN KERING.



 

Sabtu, 7 Mac 2026

Amalan yang paling di cintai Allah.

Amalan yg paling di cintai Allah.

 Dialog Nabi Musa Bertemu Allah.  Nabi Musa 

Mendapat Wahyu langsung dari Allah.


Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah yang engkau perintahkan.  Manakah di antara ibadahku yang Engkau senangi, Apakah solatku?


Salatmu itu hanya untukmu sendiri kerana solat membuat engkau terpelihara daripadsa perbuatan keji dan mungkar.


Apakah Allah menyukai zikir yang dilakukan Nabi Musa AS?



Zikirmu itu untuk dirimu sendiri, kerana zikir membuat hatimu menjadi tenang.


Apakah puasaku?



Puasamu itu hanya untukmu saja,kerana puasa melatih diri dari mengekang haus nafsumu.


"Sedekah tatkala engkau membahagiakan orang yang sedang kesusahan dengan sedekah sesungguhnya aku berada di sampingnya."



"Sedekah , infaq, zakat dan perbuatan baikmu.  Itulah yang membuat Aku senang, kerana tatkala engkau membahagiakan orang yang susah.  Aku hadirdi sampingnya.  Dan akuakan meggantikannya dengan ganjaran700 kali lipat" ( QS. Al-Baqarah: 261-262).


Abu Amr asy-Syaibani


"Saad bin Iyas"


Pemilik rumah ini telah menceritakan kepadaku- sambil menunjukkan Abdullah bin Mas'udRadhiayallahhuanhu dengan tangannya ia berkata, Aku bertanya kepada Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam, Amalan apakah yang paling di cintai Allah ?   Beliau   Sallallahu 'alaihi wa sallam menjawab " Salat pada waktunya"


JIHAD FARDHU AIN 
JIHAD FARDHU KIFAYAH



Aku (Abdullah bin Mas'ud mengatakan.  Kemudian apa lagi?  'Beliau Sallahhualai wa sallam menjawab "berbakti kepada dua orang tua" Aku bertanya lagi "Lalu apa lagi?  "Beliau Sallalhu 'alaihi wa sallam menjawab "Jihad di jalan Allah"



Abu Dzarr Radhiyallahu anhu


"Abdullah bin Amr Radhiallahu an huma dari Abdullah bin Amr Radhiyallahu an huma"



Aku ( Abdulah bin Mas'ud) mengatakan.  'Kemudian apa lagi?'  Beliau Sallallahu 'alaihi wa salam menjawab, "  Berbakti kepada dua orang" Aku bertanya lagi.  'Lalu apa lagi? ' Beliau Sallallahu 'alaihi wa sallam menjawab" Jihad di jalan Allah."



 Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban serta al -Hakim



"Salat pada awal waktu"



Amalan Islam apa yang paling baik?  ' Beliau Sallallahu 'alaihi wa sallam menjawab engkau  memberi makan, mengucapkan salam kepada yang engkau kenal dan yang tidak engkau kenal"



"Sesungguhnya sedekah itu memadamkan murka Allah dan menolak mati jelek Su'ul khotimah "
 (HR Tarmidzi)