Daku suka tulis di blogku ini kerana hanya daku sembang santai2 dan kadang2 ada artikel2 agama daku share sini..Tak ramai sangat yang masuk sebab daku tak promote dah sekarang...Sebenarnya blog ini daku jadikan sahabat ku. Sekarang Blog ni macam kawanku. Daku boleh simpan sebagai draf jika daku tak mahu orang baca. Ini juga dairiku. Moga menjadi rahsiaku sampai mati.
Harap tak ada yg cuba buka drafku ni kerana jika ada masaalah daku tak mahu mengadu pada sesiapa sebab daku takut berdosa daku curah disini dan simpan sebagai draf. Tiba masa daku akan delete...Daku ikut macam Prof. Hamka kata...Jika kamu ingin menghantar surat kepada sesiapa yang kamu tidak pasti kerana bimbang sahabatmu berkecil hati atau sebaginya . Jika kamu tulis surat itu jangan kamu poskan dulu, biarkan....... tunggu ......hingga berminggu. Jika tak perlu pos. Jangan poskan...dan daku tulis disini bila daku rasakan daku boleh release daku open untuk dibaca dan jika daku nak padam, lantas padam. Di situ rahsia hati kita . Biar kita dengan Allah sahaja yang tahu.
No comments:
Post a Comment