MARI KITA BAWA DALAM SOLAT SUNAT KITA, SURAH AL-KAHFI JUMAT BERKAH | Murottal Al-Quran yang sangat Merdu | By A...


Assalamualaikum
 
Hari ini ialah hari Jumaat.  Maka Surah ini di baca pada Hari Jumaat. 
 Paling mudah jika kita baca Suratul Kahfi dalam Solat Tahajjud kita. 
 boleh baca 2 rakaat satu salam untuk 4 muka surat rakaat pertama  dan rakaat kedua kita bacalah surah lain yang kita ingat.  Kemudian kita buat 2 rakaat satu salam lagi dengan 4 muka surat lagi pada rakaat pertama dan rakaat kedua dengan surah2 yang kita ingat dan....kita buat  lagi 2 rakakat satu salam untuk kita habiskan lagi 4 muka surat rakaat pertama  rasanya dah habis tamat Suratul Kahfi pada masa kita buat 6 rakaat 3 salam.  Ia itu kali ketiga solat yang kita buat 2 rakaat  1 salam.    ...InsyaaAllah.  Meh kita cuba.   Witir nenek lebih suka buat sebelum tidur siap2 macam Abu Bakar Assidek. 

Jika nak cuba macam ini...Quran kena ada 2 buah Ianya Quran mestilah Quran bertulisan  besar.  (khas buat nenek2)  Buka di atas satu dan di bawah satu lagi.  InsyaAllah.  Dapat kita selesaikan Suratul Kahfi pada Malam Jumaat.
  Sebenarnya Bukan lah Suratulkahfi itu sunat  di baca di waktu malam sahaja.  Tidak , ianya sunat di baca di hari Jumaat.. Sepanjang Hari . 

Ikut suka kita pada bila2 masa.
Kan ada hadith jka kita baca 10 ayat dalam solat kita maka kita terelaklajh daripada melakukan perkara2 yang Lagho dan Jika kita dapat baca 100 ayat dalam solat kita akan mendapat fazilat Istiqamah .  Itu yang kita mahukan.  Jika kita amalkan dalam 40 hari ...InsyaaAllah kita boleh mendapat Istiqamah yang Allah janjikan.  Aamiin. 

Kalau adik2 atau anak2 serta cucu2 nenek yang nak buat ayat hingga 100 ayat dalam tahajjud , Surah Arrahman dah hampir cukup...Al Rahman ada 78 ayat.... Dah hampir 100 dah tu.  Jadi untuk memudahkan cara nak dapatkan 100 ayat kita continue dengan surah Al Waqiah ada 96 Ayat.  Jika nak tambah surah yang selari dengan surah itu kita sambung lagi dengan Surah Al Hadid.  (  surah Ar Rahman...Surah Al Waqiah dan Surah Al Hadid  selari)  Berturutan.  Jadi kalau kita nak bawa dlm Solat Tahajjud kita , Boleh kita bawa Surah2 ni.   InsyaaAllah kita boleh siap dalam 8 Rakaat 4 salam.  Kita akan rasa mudah bila kita dah biasa.  Tapi bagi kami yang dah tua ini kami memerlukan cermin mata beserta Quran yang besar.  InsyaaAllah orang2 tua macam kami ni boleh buat.  

Daku dapati setiap rabun itu berbeza  cara rabun nya. Kakakku yang Rabun Jauh tak dapat baca macam daku.   Orang yang rabun dekat macamku sahaja yang boleh..InsyaaAllah.  Syukur daku boleh... Maznah jugak adik daku yang boleh baca macamku.  Maznah punya Quran lagi besar Tulisannya.  Sesiapa yang banyak duit lebih tu boleh la beli Quran yang besar tulisannya tu kan.  


Maaflah kepada anak2 Tahfiz...Nenek buat ni hanya kerana Nenek tak hafal macam anak2 dan Cucu2 semua.  Betapa ruginya hidup Nenek.  Tapi Nenek bersyukur dapat juga nenek rasa aura membaca surah2 panjang macam anak2 serta cucu2 nenek yg hafal tu.  Amiin.











No comments:

Post a Comment