Hari ini Tahun Baru 2026 Masihi. Bersamaan 11 Rejab 1447 Hijriah.
Update Hari Ini.
Apa pon Selamat Tahun Baru Semua.
Moga Kita dalam Rahmat Allah di Tahun Baru yang Mendatang ini. Moga kita berusaha Terus Menambahkan Amal dan Ibadat kita dan Berjaya Membaiki diri Kita InsyaaAllah. Moga Kita Dapat Jaga Allah dan Allah Jaga Kita.
Moga Allah jauhkan anak2 Muda Kita dari Maksiat di Tahun Baru ini.
Anggapkan kita telah berdoa kepada Allah Agar memiliki Kerajaan Yang Serba Serbi Menjaga Keselamatan Anak2 Muda Dalam Menjalani Hidup Mereka Kerana, Mereka Mereka Adakah Anak2 Kita.
Semalam Daku melihat Anak2 Muda Berbondong2 ...Bermotosikal Menuju Pusat Bandar. Mereka Ingin Menyambut Tahun Baru. BERPESTA. Moga Allah Pelihara Mereka , Tidak Salah Mereka Bergembira Dan Berpesta Tapi Kita Yang Tua ini Perlu Merancang Pesta Yang Baik2 dan Bagus Buat Mereka Serta Paling Utama Berdoa Agar MerekaTidak Melakukan Maksiat Di Era Mutakhir Yang Penuh Pancaroba.
Rabbku, Bantulah Mereka Menjaga Peribadi Muslim Mereka, Di Hari Mereka Menyambut Perayaan Tahun Baru Hari ini, Malam Ini dan seterusnya Esok Hari. Moga Pihak yang Berwajib mengambil Tindakan Wajar menjaga Anak2 Negeri Masing2 bagi Perkara ini...Jika Mereka Jaga Allah...Allah akan Jaga Mereka.Aamiin.
No comments:
Post a Comment