Sabtu, 29 November 2025

Mengapa Aku...


Awak...Banyak2 ingat Allah ya.  Saya sentiasa ingat untuk kita Redho dan kita sabar.Tentunya ketentuan Allah yg terbaik....Mari kita redho.
InsyaaAllah Allah beri pahala.

Rabu, 12 November 2025

Nantilah Daku


 


 


 

Sabtu, 29 November 2025

Rasulullah ﷺ Sudah Memperingatkan Umat dari Dulu! - ustadz Yazid bin Abd...

 

  

Sabtu, 29 Jun 2024

The kitten is so funny,taking the duck to find treasure!The treasure con...

 Would you have stop to help?  

Ni pon aku rasa sedeh.  Kasih ibu...


Aku pernah rasa saat anak aku orang bawa lari,
  sedeh sangat.  Macam2 sedeh aku pernah rasa .  tapi aku redho.  Allah ada.  

 

 Allah puji orang yang sentiasa suruh anaknya solat.



Kalau kita sayang pada anak kita kita kena suruh anak kita solat.  Kita kena solat awal waktu.  Hafal banyak2 surah2 yang panjang sikit.  InsyaaAllah

 

 


Ahad, 25 Ogos 2024

Kau Pergi Tanpa Relaku

Ahad, 10 Mei 2026

 

Sunday, 25 May 2025

Sesungguhnya saya sayang anda kerana Allah.

"إني أوهيبوكا فلة". "أنا أحبوكا فلة". 

Sesungguhnya saya sayang anda kerana Allah.


 "Inni uhibbuka fillah". "Ana uhibbuka fillah". 

Sesungguhnya saya sayang anda kerana Allah.

 











 

Bismillah...Assalamualaikum...Sahabat yang ku hormati.  

Daku benar2 terkesan bila daku baca artikel lamaku ini . Ku update tarikh hari ni..19/9/2026 bersamaan 7 Rak 1448H. .  Ya ..daku sedar jika isue politik daku naikkan lagi daku akan membuat orang mendengarnya .  Walaupon betul meskipon salah ia tetap berdosa bagi kita semua.  Oleh itu saya akan kembali padam  isue2 politik   Daku akan delete kerana daku takut tak sempat delete sebelum daku pergi bertemu Allah.

UPDATE ISNIN  12/1/26 BERSAMAAN 23 REJAB 1447...BANGI

Bahaya Dosa Merendahkan Orang Lain - Ustadz Khalid Basalamah #kajianislam


Assalamualaikum sahabatku semua,

Terima kasih buat sahabat semua kerana menasihatiku dengan ceramah Ustaz.   Untung daku dapat sahabat yang tak jemu menegurku .  BESARNYA PAHALA YANG SAHABAT DAPAT KERANA MENGINGATKAN SAYA.

"Inni muhibukum fillah"

Daku review ceramah itu.  Daku insaf atas kealpaanku .  Memang benar sebenar2nya  nasihat Ustaz Bassalamah .  Daku tak boleh nafikan bahawa berdosa tetap berdosa daku wajib terima meskipon mereka berniat menasihati menegur dan memberi pendapat untuk mencari jalan keluar yang baik.  Daku akan padam supaya tak ramai yag baca dari posting ku. Memang ceramah berunsur teguran dalam politik pasti dan tak lepas dari mengundang dosa. 

Takut kan..

Bukan senang nak menjadi orang yang luar biasa kan.  

Semua maksiat yang di kerjakan oleh orang jika kita mengatakan sesuatu akan kembali kpd kita sendiri...Melain kan jika kita mensihatinya kerana Allah.

Melarang mencela dengan apa cara sekalipon. 

Menghina mencela dan mengata orang muslim adalah dosa besar.

Menjelek adalah seperti membunuhnya.

Bukan hanya mencela manusia malah mencela haiwan pon tidak dibolehkan malah syaitan sekalipon Nabi melarangnya.

mencela tidak akan mendapat syafaat di hari akhirat.Tinggal 2 hal bawa 2 hal.

Jangan bawa 2 hal...musuh sibuk mencari kesalahan orang lain...mereka tidak bisa menjadi saksi di hari kiamat.

Akan diberi kesaksian kepada orang yang tidak suka mencela...

Mencela sahaja orang muslim sama seperti dosa riba. Kata Nabi , Riba itu 73 pintu atau  level...Yang paling rendahnya adalah seperti orang yang berzina dengan ibunya sendiri. .Yang paling tingginya setara dengan seseorang  yang merendahkan Muslim yang lain.   Berhenti  wahai saudaraku.. menghina menjelek. 

Larangan 2 ini bukan sahaja kepada manusia ,bahkan larangan kepada haiwan.

 Jika dia menghinanya bererti menghina penciptanya.  Allah buat kulitnya gelap rambutnya kerinting badannya pendek dan seterusnya ...mengapa harus menghina.  Kalau Allah memberi kita satu kelebihan sepatutnya kita harus syukuri  nikmat itu..  

Ada kekurangan diri orang lain sekali lagi beri nasihati dan tutupi itu.  Ini penting sekali. 

Jangan pernah engkau caci maki demam kerana demam itu akan membersihkan dosamu seperti pandai besi membersihkan kotoran itu.

Tidak boleh juga mencela makanan ,menghina makanan, suka makan tidak suka tolak sahaja.

jangan mencela dan mencaci maki angin...maka ucapkanklah ...ya allah jadikan kebaikan bagi angin.

Jangan mencaci maki demam.  Ummu Musaiyyid di ziarahi Nabi:   Kerana demam ya Rasullullah...kerana demam ....
Jangan kau caci maki demam ini kerana dia akan membersihkan  kamu dari dosa.

MasyaaAllah jangan mencela makanan...Kalau suka makan ,,jika tidak tinggal sahaja.
Tuan Guru bertandang  di tuang di gelas. Dia tidak minum..kerana telah rosak.
Sayangnya saya menghidangkan ..'Beliau pamit...susu itu rosak ...MaasyaaAllah...bagusnya peribadi Tuan Guru..

Jangan pernah menghina sembahan mereka kerana mereka akan mencela apa yang kamu sembah...Maasyaaallah. Dakwahi sahaja ...Tawarkan sahaja.


Banyaknya silap kita sebagai muslim.

Ada sahabat jatuh dari unta.."celaka lah syaitan"  Jangan kau katakan celakalah syaitan 'kerana jika kau kata begitu..syaitan akan besar sebesar rumah...Ucapkan "Bismillah" Ucapkan dengan nama Allah"  kerana kalau kalian ucapkan itu syaitan akan  mengecil hingga sebesar lalat sahaja.  
Ketahuilah jangan mencela syaitan...baca lah istiadah ...biar Allah yang memeranginya, bukan kita yg marah tidak ada gunanya.  Allah yang musnahkannya.  baca istiazah  ...A u zubillah himinassyaitaani roojim"

 Pamit.  (Selamat Tinggal Broery Marantika)






Rabu, 21 Januari 2026

Grabbed banyak2

 Grabbed puasa bulan ni banyak2 jika tidak kita rugi...bye


Rabu, 21 Ogos 2024

KENANGAN INDAH MENYAYAT HATI ( LIRIK ) Sharifah Aini



Isnin, 15 Julai 2024

"Kisah Seorang Yang Sangat Redha Kepada Allah" - Ustaz Dato' Badli Shah ...



Bismillah...Assalamualaikum...INGAT TU ENI... 

Khamis, 18 Disember 2025

Selasa, 20 Ogos 2024

ROBBKU REDHOKAN LAH DAKU

 RABBKU SEDARKANLAH AKU BAHAWA HIDUP INI SEMENTARA SAHAJA SEKELIPMATA JIKA ENGKAU MAHU MENGAMBILKU NESCAYA HILANGLAH NIKMAT HIDUP YANG TAK SEBERAPA DI DUNIA INI. JADIKANLAH AKU ORANG YANG BERSYUKUR DAN MENJALANI HIDUP INI DGN JALAN2 YG KAU TENTUKAN BAIK DAN KAU REDHOI  DAN REDOILAH DAKU YA ROBBKU..LIMPAHKANLAH RAHMATMU   PENUHI MASAKU DGN PERKARA YG BERMANFAAT..HIJRAHKANLAH AKU TERUS.  JADIKANLAH AKU ISTIQAMAH DLM IBADATKU  JADIKANLAH ILMU YANG BERMANFAAT BUATKU PERMUDAHKANLAH URUSAN HIDUPKU JANGANLAH KAU JADIKAN AKU MENGGANGGU HIDUP ORG LAIN, KEDAMAIAN ORANG LAIN  WALAU SEBESAR ZARRAH SEKALIPON AGAR AMAN DAN BAHAGIA HIDUP INI. AAMIIN YA RABBALALAMIN.

Sabtu, 21 Disember 2024

Nasihatku..

 Kau baca Surah Ghafir ayat 44 | hati tenang, masalah selesai, kesedihan hilang dan banyak2

Istighfar... Itu ja nasihatku..

OIC....Buah Kabung..Daku suka sangat buah ni...

 


OIC....Buah Kabung..Daku suka sangat buah ni...

 

 

 



 

 

Tuesday, 11 August 2026

 


 


Hebatnya bila terdesak.  Mereka kuat semangat.
Negeri yg mewah sumber alamnya.  
Sangat Kreatif.  Kagum dgn mereka. 

 

Monday, 6 July 2026

  

KISAH NYATA Dahsyatnya Istighfar - Ustadz Khalid Basalamah

Ahad, 28 Jun 2026

 

Ahad, 22 Mac 2026

Eni Keluar Sekejap...Bukan ikut Khairi Jamaluddin...

 

Selasa, 10 Oktober 2023

Eni Keluar Sekejap...Bukan ikut Khairi Jamaluddin...


Keluar sekejap ja, ingat nak mesen rumput. Eh eh...Keluar Sekejap?...macam program Khairi Jamaluddin dengan Shahril Hamdan dalam (Potcast Keluar Sekejap) la pulak.  Ambil mesen rumput...Entah kenapa batri belum cukup. Charge kembali bateri untuk mesen rumput waktu lain.  Daku  sambung dengan menggunting beberapa biji buah rambutan yg masih ada.  Yang tinggal satu ,2 dan 3. Paling banyak 5 dalam satu tangkai. Daku kutip, ketuk buang semut, dapatlah dalm 20 biji lebih ,  Daku sayang tengok buah yang masih tinggal.  Rambutan ini sedap betul tambahan bila dikopek kulitnya dan diletakkan dalam peti sejuk.   Memang sedap.  Krup krup...jadi rapuh isinya.   Tak pernah jumpa buah macam ini.

Setelah ambil buah daku  sambung ambil penyapu sampah.  Daku sapu daun2 pokok jambu yang gugur.   Kali ini daku lihat di atas jalan terdapat buah2 rambutan yang mak dan pak tanam tu banyak yang gugur, daku sapu agar bersih jalan yang nampak hitam kesan dari kulit buah tu.  Sedang sapu tersebut ,rupa2nya ada seekor beruk sedang mengutip buah yg gugur atas tanah.  MaasyaAllah dekat jugak dia dengan ku...Bila ku sedar, daku cuba halau ...Shuh, terkejutnya daku beruk tu menyerang, daku hanya ada penyapu aja di tangan.  Pergi pergi...dia serangku dah hampir sedepa dari hujung penyapuku...Daku jerit sekuat2 hatiku.  Pin! Pin! Pin!.tolong, monyet serang kak Eni..Kuat sangat daku jerit ..dia tak takut pon, bila adikku datang baru beruk  tu lari.   Bukan monyet tapi beruk. Beruk tu memang tak takut pada orang perempuan...Dia hanya takut pada susuk tubuh lelaki aja.  Memang aku menangis ketika tu...menggigil aku...Aku nampak Shah keluar jenguk aja...Malas nak  ambil hal tentang dia..  Jiwa Shah masih sakit.  Aku paham...

Berenti menyapu...adik iparku cakap mari masuk Kak Eni...Daku masuk rumah mereka...masih dalam ketakutan.   "MaasyaAllah memang dia berani menyerang," kataku.  Pin kejar dia lari naik atas pokok rambutanku dan lompat atas bumbung rumah dan terus buat short cut ke belakang rumahku.. Monyet yang beratus2 tu dah tak datang dah, tapi beruk jantan yang seekor ni yang datang...takutnya.

Dah pukul 12 tghari,Sebab aku puasa dan Shah pon puasa, daku tak berkejar nak masak tengahari... tiba2 rasa nak mesen rumput.  Daku ambik mesen rumput dan mesen dalam 6 depa persegi...istilah baru...Depa persegi...hihi...Sepatutnya tak boleh dah sebab matahari dah meninggi. Eh Eh aku teringat pak aku kata padaku dulu' "Ani! jangan nak tebeing  buat tengah2 panaih tu" Oooo baru ku ingat, dari kecil lagi daku suka menyapu halaman tengah panas...Pak Pak...Eni, ingat pak masa ni... Pakku , satu satunya dlm keluargaku panggil aku "Ani" agak ku pakku tak suka panggilan Eni macam orang lain panggil.  Mesti panggilan Eni tu pelik bagi pak...

 Tu sebabnya, kulitku dah dimakan hari. Suka main panas.  Aku dah tak putih lagi dah.  Tapi aku tak kisah.  Kakak ku selalu pesan padaku..."Hang nak ke, esok aku lagi nampak mude pada hang? "  Baru aku perasan kena jaga jugak.  Dia berikan aku toner dia, faundation dia serta krim malam dan siang dia.   Selalunya, anakku yang berikan...bila kakakku yang beri, baru ku rasa ....Hei, mustahak ni, kena ambil berat ni...Aku memang jadi orang kampung betul2 sejak now.  Aku tanam pokok buah2an, anggurpon aku nak trai, Limau Taiwanku berbuah sulung 3 biji aja sebab kurang baja...kesian aku.  Aku tak macam pak dengan mak.  Mereka pandai sangat tanam pokok buah2an.  Buah limau madu, bapakku tanam lebat sampai melentur dahan menyentuh  tanah.  Anak2 pak  yang ramai mewah dengan buah2an yang pak dan mak tanam. 

Apa yang aku nampak anak pak dan mak, hanya abang Halid sorang yang usahakan kebunnya hingga cantik menjadi dusun.   Kakak juga pandai tanam terdapat banyak pokok buah2an di kebunnya yang boleh menghasilkan buah...Tapi malang bagi kakak, ditebangnya pokok2 yang dia tanam...entah apa dalam pikirannya,   Kebunnya  dah tak banyak lagi pokok buah2an macam dulu.  Dulu durian D24 dll...sayang betul.   Arwah abg Halid tanam, telah berhasil memetik buahnya.  Bersedekah sakan dah.  Anak2nya kenalah upah orang lain menjaga kebun abg halid.

 Aku ada 4 pokok limau.  Baru satu yang berbuah.  Aku kena ambil perhatian ni.   Beli baja, Eni...Dulu tu daku letak baja pada pokok mata kucing..Berbuah 4 dahan...bila buah dah besar tunggu masak tupai dah ambil..Aku dapat rasa beberapa biji sahaja.  Manis sangat mata kucing tu.    Memang 'Longan Pingpong'. buah jadi kecil sebab kurang baja.   Yg ku tanam di rumah Taman Jana Setia Taiping, buahnya sangat besar.

Petang masak untuk berbuka puasa.   Daku masak sotong , sayurnya terung ulam kobis dengan sambal tempoyak yg ku buat sendiri.  Beberapa jenis buah termasuk buah rambutanku.  Daku tak masak kuih manis pon sebab Shah kata nak beli..dibelinya bihun goreng aja...Daku goreng mee+laksa pendek...menu baru...sedap sangat bila dimasukkan kucai.  Shah banyak hari tinggal puasa masa dia sakit.   Aku kena tolong bagi dia semangat habiskan khadho dia. Walau hari ni hari selasa...Daku puasa kado masa kecilku kalau2 ada yang tak sempurna.  Khadho untuk bapakku selalu ku buat kerana emakku cerita padaku. Daku pikir ini adalah amanah mak "Eni, Pak banyak tinggal puasa sebab sakit"  Daku banyak khadho puasa untuk pak.  Daku cerita juga kepada anak2 pak yang lain,bantu khado puasa pak...mereka buat atau tak, aku tak pasti, cuma kadang2 adikku Maznah aku ada dengar dia buat untuk pak sebab kami rajin sembang personal...kami akrab dari kecil macam kembar...Aku berhenti buat untuk pak bila anakku anis kata "Mak dah cukup dah tu mak buat untuk Tok Wan".. Sekarang aku buat untukku sendiri disamping Isnin Khamis dan kadang2 hari putih.  Aku suka puasa sebab badan jadi sihat bila berpuasa...Allah anugerahku macam tu ...Syukur juga.  


Diari Isninku end disini...hihi ,..sepatutnya ini Diari selasaku.                                                            Malas nak ukur darah tinggiku harini sebab satu bateri AA, daku pinjamkan untuk jam...nanti beli lain sebagai ganti...